Assalamualaikum sahabat semua..
Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk tetap bernafas di bumi Nya..
Hari ini ingin saya menerangkan tentang masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa. Kebiasaannya masalah ini dihadapi oleh kanak-kanak yang sangat jarang bercakap dengan bapa mereka mungkin kerana terlalu takut atau mungkin kerana kelakuan bapa mereka yang membuat mereka tidak senang untuk dekat dengan bapa sendiri walaupun tinggal sebumbung.
Isu seperti ini memanglah bukan suatu perkara yang asing dari masyarakat kita kerana jika diajukan soalan kepada murid-murid di sekolah sama ada dengan bapa atau ibu yang mereka rapat, sudah tentulah kebanyakannya mereka akan menjawab dengan ibu.. Hal ini berlaku kerana mungkin bapa mereka jarang ada di rumah kerana terlalu sibuk dengan kerja manakala ibu yang sebagai suri rumah ini mempunyai banyak masa dengan anak-anak, maka kanak-kanak sering bercerita dengan ibu mereka serta lebih senang meluahkan perasaaan mereka kepada ibu kerana ikatan yang erat antara ibu dan anak sangatlah kuat.
Selain itu, kebanyakan bapa sangat garang dalam mendidik anak-anak mereka ini merupakan salah satu sebab yang menyebabkan anak-anak tidak mahu rapat dengan bapa mereka. Setiap kejadian atau peristiwa yang berlaku pada diri mereka akan diceritakan kepada ibu kerana lebih senang bercerita dengan ibu berbanding dengan bapa. Namun begitu mengikut kajian pakar anak yang rapat dengan bapa berpotensi untuk menjadi genius kerana interaksi antara mereka dengan bapa dapat banyak memupuk daya kognitif kanak;kanak.
Seterusnya, kebanyakan bapa juga lebih suka mengamanahkan tanggungjawab menjaga anak dan mendidik dari segi agama sepenuhnya kepada isteri mereka. Hal ini demikian kerana mereka sangat sibuk bekerja mencari rezeki untuk keluarga, perkara sperti ini tidak boleh dibiarkan kerana anak-anak turut memerlukan perhatian dari bapa mereka dalam perkembangan pembesaran mereka.
Maka,setakat ini sahaja penceritaan saya mengenai tajuk masalah hubungan perapatan anak dengan bapa. Saudari atau saudara yang ingin memberi komen amatlah saya hargai.