Saturday, 28 November 2015

MASALAH YANG MUNGKIN DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK YANG TIDAK MEMPUNYAI HUBUNGAN PERAPATAN DENGAN BAPA..

Assalamualaikum sahabat semua..

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk tetap bernafas di bumi Nya..

Hari ini ingin saya menerangkan tentang masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa. Kebiasaannya masalah ini dihadapi oleh kanak-kanak yang sangat jarang bercakap dengan bapa mereka mungkin kerana terlalu takut atau mungkin kerana kelakuan bapa mereka yang membuat mereka tidak senang untuk dekat dengan bapa sendiri walaupun tinggal sebumbung.

Isu seperti ini memanglah bukan suatu perkara yang asing dari masyarakat kita kerana jika diajukan soalan kepada murid-murid di sekolah sama ada dengan bapa atau ibu yang mereka rapat, sudah tentulah kebanyakannya mereka akan menjawab dengan ibu.. Hal ini berlaku kerana mungkin bapa mereka jarang ada di rumah kerana terlalu sibuk dengan kerja manakala ibu yang sebagai suri rumah ini mempunyai banyak masa dengan anak-anak, maka kanak-kanak sering bercerita dengan ibu mereka serta lebih senang meluahkan perasaaan mereka kepada ibu kerana ikatan yang erat antara ibu dan anak sangatlah kuat.

Selain itu, kebanyakan bapa sangat garang dalam mendidik anak-anak mereka ini merupakan salah satu sebab yang menyebabkan anak-anak tidak mahu rapat dengan bapa mereka. Setiap kejadian atau peristiwa yang berlaku pada diri mereka akan diceritakan kepada ibu kerana lebih senang bercerita dengan ibu berbanding dengan bapa. Namun begitu mengikut kajian pakar anak yang rapat dengan bapa berpotensi  untuk menjadi genius kerana interaksi antara mereka dengan bapa dapat banyak memupuk daya kognitif kanak;kanak.

Seterusnya, kebanyakan bapa juga lebih suka mengamanahkan tanggungjawab menjaga anak dan mendidik dari segi agama sepenuhnya kepada isteri mereka. Hal ini demikian kerana mereka sangat sibuk bekerja mencari rezeki untuk keluarga, perkara sperti ini tidak boleh dibiarkan kerana anak-anak turut memerlukan perhatian dari bapa mereka dalam perkembangan pembesaran mereka.

Maka,setakat ini sahaja penceritaan saya mengenai tajuk masalah hubungan perapatan anak dengan bapa. Saudari atau saudara yang ingin memberi komen amatlah saya hargai.


10 comments:

  1. Hubungan anak dan bapa merupakan hubungan yang sangat penting. Hal ini demikian kerana pendidikan kanak-kanak haruslah bermula daripada keluarga sendiri terutamanya ketua keluarga iaitu bapa. Bapa sangat memainkan peranan yang besar dalam mendidik, memberi kasih sayang, mencukupi kebajikan, dan melindungi anak-anak mereka.

    Antara masalah yg akan timbul sekiranya anak tidak rapat dengan dengan bapa termasuklah kurang pendidikan awal. Mereka tidak dapat membuat keputusan yang baik dalam menyelesaikan masalah mereka. Peranan bapa sebagai ketua keluarga untuk mendidik anak dalam menyelesaikan masalah dan mengurus diri sangat penting bagi membiasakan mereka untuk berhadapan dengan dunia luar yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, keregangan hubungan antara anak dan bapa akan menyebabkan anak tudak dapat mendapat pendedahan awal dalam pengurusan diri da menyelesaikan masalah.

    Selain itu, hubungan yang regang antara anak dan bapa juga menyebabkan anak kurang mendapatkan kasih sayang. Keadaan ini membuatkan mereka tertekan terutamanya apabila mereka membandingkan kasih sayang yang mereka dapat daripada bapa mereka sendiri dengan kasih sayang anak-anak lain dengan bapa mereka yg lebih baik. Hal ini membuatkan mereka sedih dan kecewa serta tertekan dengan keadaan yang mereka hadapi.

    Seterusnya, hubungan yang reganag antara bapa da anak juga membuatkan kebajikan anak tidak dijaga dengan baik. Memahami keprluan anak dari segi keperluan harian seperti buku untuk belajar, mahupun permainan untuk memenuhi masa lapang mereka, atau menjaga makan minum serta kesihatan mereka sangat penting. Tanpa hubungan antara bapa dan anak yang baik, kebajikan kanak-kanak tidak dapat dipenuhi dengan baik.

    Seterusnya ialah keselamatan kanak-kanak akan terjejas. Hubungan anak dan bapa yang tidak baik akan mengurangkan komunikasi antara bapa dan anak. Hal ini akan membuatkan bapa tidak peduli dengan keselematan anak mereka dan menyebabkan anak terdedah dengan masalah keselamatan termasuklah masalah kesiharan sehinggalah kes ciulik anak. Oleh itu, bapa harus memainkan peranan yang penting untuk menjaga keselamatan mereka.

    Kesimpulannya. Hubungan bapa dan anak yang rengang akan dapat menimbilkan masalah yang banyak terhadap keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Terima kasih saudara azrin kerana sudi berkongsi ilmu dalam blog saya ini..Masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan peerapatan dengan bapa adalah kurangnya ikatan kasih sayang antara satu sama lain. perkongsian kasih sayang antara bapa dan anak akan berkurangan kerana hubungan yang kurang baik antara keduanya. bapa yang sering mempunyai sikap marah dan melepaskannya kepada kanak-kanak akan menyebabkan kanak-kanak kurang untuk mendapatkan kasih sayang daripada bapa mereka. sikap bapa yang kurang untuk bergurau dan berkomunikasi dengan anak untuk mengetahui kegiatan seharian mereka di sekolah akan menyebabkan kanak-kanak kurang untuk mendapatkan kasih sayang dan perhatian daripada bapa mereka. masalah yang mungkin timbul juga adalah kanak-kanak akan menunjukkan tanda protes ataupun melawan apabila mereka besar kelak. kanak-kanak akan menujukkan ketidakpuasan hati mereka apabila mereka sudah meningkat dewasa, kanak-kanak yang telah meningkat dewasa berkemungkinan melepaskan kemarahan yang terpendam pada anak mereka kelak.

      Delete
  2. Asslammualaikum saudari,saya ingin memberi beberapa pandangan tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya.

    Kesibukan bapa yang bekerja untuk menyara keluarga juga menyebabkan hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. bapanya.


    Komunikasi Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa seperti perpatah ada mengatakan ‘air yang dicincang tidak akan putus’. Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Terima kasih saudari dia atas penambahan maklumat yang saudari kongsikan. Selain itu, hubungan perapatan dengan bapa juga mampu memupuk minda yang cerdas dan intelek di kalangan kanak-kanak.Hubungan akrab atau rapat terbentuk apabila persekitaran keluarga itu menekankan keselamatan sosial kanak-kanak. Anak yang rapat dengan kedua-dua ibubapanya merupakan satu strategi yang boleh mempertimbangan apa sahaja kemahuan anak-anak tersebut ataupun ibubapa yang rapat dengan anak akan membekalkan aspek keselamatan supaya keadaan keluarga mereka sentiasa selamat. Saya berpendapat begini kerana anak yang mempunyai perapatan dengan bapa, saya percaya bahawa itu adalah didikan awal yang didedahkan oleh ketua keluarga sejak mereka kecil. sebagai contoh kita dapat lihat bahawa keluarga yang mempunyai hubungan perapatan, boleh menangani masalah anak dengan baik. Manakala ibubapa yang tidak mempunyai hubungan perapatan itu dengan anak, jelas kita lihat bahawa anak-anak mereka sering takut dan merasa tidak bebas, dan kebanyakannya keluarga yang kurang perapatan ini adalah dari golongan keluarga yang berpangkat.
      Tambahan pula, dengan kurangnya perapatan dengan ibubapa, anak-anak akan mula memberontak, membuat perkara yang mereka suka, lari dari rumah dan sebagainya. Emosi mereka juga terganggu dan ini akan menyebabkan mereka menjadi pendiam, tidak aktif di sekolah, jarang berada di dalam rumah sendiri dan pembelajaran akan tereganggu.
      Oleh itu, saya syorkan bahawa hubungan perapatan antara ibubapa dan anak haruslah dijaga. Keperluan yang sangat penting dalam keluarga ialah kasih sayang antara satu dengan yang lain.

      Delete
  3. Asslammualaikum saudari,saya ingin memberi beberapa pandangan tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan bapanya.


    Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya.

    Kesibukan bapa yang bekerja untuk menyara keluarga juga menyebabkan hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa seperti perpatah ada mengatakan ‘air yang dicincang tidak akan putus’. Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka.

    ReplyDelete
  4. Assalamulaikum Nasuha.Saya pula berpendapat bahawa Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya.
    Antara masalah yang dihadapi jika kanak-kanak tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa ialah, Hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa seperti perpatah ada mengatakan ‘air yang dicincang tidak akan putus’. Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih che ku nor asyikin di atas komen yang diberi. Saya amat menyukai pandangan yang anda berikan begitu padat dan bermakna buat saya. Namun disini saya ingin menambah lagi dengan hujah lain selain daripada perkongsian diatas. Perapatan penting kepada semua manusia. Bayi yang lahir perlukan jagaan daripada orang dewasa sama ada untuk mendapatkan makanan, membersihkan diri atau mendapatkan perlindungan emosi. Kemesraan, kasih sayang, penjagaan dan perlindungan yang diberikan oleh ibu bapa atau penjaga bukan sahaja membantu dalam proses perkembangan kognitif, malah mempengaruhi perkembangan sosioemosi dan perkembangan moral.) Hubungan antara ibu bapa dan anak-anak dilihat memainkan peranan yang besar dalam membentuk perapatan selamat. Apabila kanak-kanak dilindungi, dikasihi, disayangi, dipenuhi segala keperluan asas, maka kanak-kanak dapat membentuk perapatan selamat dengan ibu bapa atau penjaga. Bagi kanak-kanak yang membentuk perapatan tidak selamat pula, ia dikaitkan dengan status ekonomi sosial keluarga yang rendah, keluarga yang porak-peranda, atau menjadi mangsa dera.

      Delete
  5. Terima kasih kepada saudari rosnikarim..Ingin saya tambahkan sedikit maklumat lagi iaitu masalah yang mungkin akan timbul akibat jurangnya hubungan antara anak dan ayah sejak akhir-akhir ini. Dalam sesebuah keluarga, ayah merupakan seorang ketua dan bertanggungjawab untuk mencari nafkah bagi menanggung segala keperluan rumah tangga mereka. Namun, terdapat segelintir ayah yang terlalu sibuk mencari rezeki sehingga jarang sekali meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak mereka. Justeru, hal ini akan memberi kesan terhadap hubungan perapatan antara anak dan ayah di dalam sebuah keluarga. Oleh itu, sebagai seorang ayah, seharusnya mereka pandai dalam mencari masa seharian mereka untuk meluangkan masa bersama keluarga iaitu terutamanya terhadap anak-anak mereka yang masih kecil. Hal ini kerana terdapat banyak kebaikan yang boleh dilihat jika anak-anak kecil mempunyai hubungan yang rapat terutama terhadap ayah mereka. Dalam sebuah kajian yang dilakukan University Oxford menunjukkan bahawa ada kaitan antara perhubungan rapat ayah dan anak dan pencapaian akademiknya di sekolah. Dijelaskan bahawa anak yang banyak berinteraksi dengan ayah mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berinteraksi dengan ayahnya. Malahan, mereka juga memiliki kemampuan berbahasa dan kognitif yang lebih baik. Kajian lain juga mendapati anak yang dididik dengan sempurna oleh ayah mempunyai kurang masalah di sekolah dan apabila meningkat dewasa kelak. Maka, di sini kita dapat lihat hubungan mesra antara anak dan ayah amatlah penting untuk membentuk personaliti, kendiri dan emosi kanak-kanak ini. Kita juga dapat menyatakan mungkin terdapat segelintir kanak-kanak di luar sana yang bermasalah akibat renggangnya hubungan perapatan antara mereka dengan ayah mereka di rumah.

    ReplyDelete