Friday, 9 October 2015

PERANAN RAKAN SEBAYA DALAM MEMPENGARUHI SOSIOEMOSI KANAK-KANAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat semua..

Thanks for visiting my blog..;)

Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001.

Sudah kita ketahui bahawa rakan sebaya adalah sahabat yang seusia dengan kita. Menurut Kamus Dewan rakan sebaya merupakan sahabat yang sama umurnya dengan kita. Rakan sebaya juga ialah sahabat daripada lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Menurut Berk (1997) rakan sebaya merupakan satu unit sosial yang diwujudkan untuk berkongsi nilai dan perlakuan yang sama serta struktur sosial antara pemimpin dengan pengikut.





Kajian Oregon Youth Study (Dishi on et,al,1991) menyatakan bahawa kanak-kanak yang berumur antara 10 tahun yang mengalami keadaan penolakan daripada rakan sebaya mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk terlibat dengan rakan sebaya yang devian pada umur 12 tahun. Rakan sebaya boleh mempengaruhi dari segi positif mahupun negatif kerana kebanyakan masa dihabiskan di sekolah. Rakan sebaya yang positif akan sentiasa bergiat dalam aktiviti yang berfaedah untuk menghabiskan masa lapang, sebaliknya pula bagi rakan sebaya yang negatif yakni akan membawa kita menjurus ke arah perkara yang tidak elok.Selain itu rakan sebaya juga antara individu yng mampu membantu kita mencapai kejayaan akademik. Salah satu sebab utamanya ialah mereka ini mempunyai tahap pemikiran yang sama dengan kanak-kanak. Kiranya, jika mereka faham tentang sesuatu mata pelajaran mudah untuk mereka menyampaikan maklumat itu kepada kita berbanding dengan penyampaian dari seorang guru.

Namun begitu seseorang individu perlu berhati-hati dalam memilih kawan kerana tidak semua rakan sebaya berniat baik terhadap diri kita, pasti akan ada yang ingin mencuba untuk menarik kita menjurus ke arah kegagalan. Maka kita mestilah sentiasa berwaspada dalam memilih kawan janganlah sampai tersalah pilih kawan yakni mampu untuk merosakkan masa depan kita.

Seterusnya,saya ingin menerangkan mengenai sosioemosi kanak-kanak yakni emosi adalah perasaan atau komponen efek dalam tingkah laku seseorang manusia (Lefrancois, 2001) Santock (1998) seorang ahli psikologi perkembangan mendefinisikan emosi sebagai perasaan atau efek yang melibatkan satu gabungan rangsangan fisiologi seperti degupan jantung yang laju dengan tingkah laku yang nyata seperti senyum. Emosi boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu emosi positif atau emosi yang negatif.


Wahai sahabatku sekalian,sudilah untuk memberikan komen anda tentang peranan rakan sebaya mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak.


 Ucapan ribuan terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya ini.. :)

10 comments:

  1. Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
    Ingin saya memberi komen disini, rakan sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat. Sepeti yang kita sedia maklum bahawa remaja biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan (Nursuhaili, 2010). Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

    Rakan sebaya juga adalah sahabat kepada kanak-kanak dan ia amat memnpengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak tersebut. Terdapat beberapa perkara saya ingin saya kongsikan. Antaranya ialah:

    NILAI SAHABAT DAN PERSAHABATAN KEPADA KANAK-KANAK
    Persahabatan merupakan satu hubungan informal antara dua atau lebih orang dan
    hubungan ini melibatkan perasaan emosi. Perhubungan persahabatan ini dilakukan secara
    sukarela iaitu tidak seorang pun boleh dipaksa untuk bersahabat dengan orang lain. Nyatalah persahabatan ialah suatu hubungan dua hala kerana individu boleh menentukan sama ada hendak bersahabat dengan seseorang ataupun tidak.

    FUNGSI SAHABAT
    Sahabat berperanan penting dalam kehidupan kanak-kanak. Sahabat merupakan alat
    perbandingan kanak-kanak dengan dirinya sendiri. Ini bermakna kanak-kanak akan
    menggunakan sahabat sebagai panduan apabila menilai dirinya dari segi tingkah laku,
    personaliti, kemahiran, kebolehan dan lain-lain.
     Fungsi sahabat boleh dibahagikan kepada dua iaitu:-
     Sahabat sebagai agen peneguhan
     Sahabat sebagai model sosial

    Sahabat Sebagai Agen Peneguhan
    Apabila kanak-kanak membesar, pengaruh sahabat sebagai agen peneguhan semakin meningkat. Ini jelas kelihatan apabila kanak-kanak lebih suka mendengar nasihat sahabatnya dan tidak menghiraukan nasihat ibu bapa. Kuantiti peneguhan yang diberikan oleh kanak-kanak juga berbeza mengikut umur dan jantina. Kanak-kanak yang berumur 4 tahun didapati mempunyai kadar peneguhan yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang berumur 3 tahun.

    Sahabat Sebagai Model Sosial
    Sahabat berfungsi sebagai model sosial kerana ia memberitahu kanak-kanak bagaimana mereka harus bertingkah laku dalam situasi yang berbeza. Tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak memperoleh pengetahuan serta mempelajari gerak balas-gerak balas tertentu dengan memerhati tingkah laku sahabatnya. Misalnya kanak-kanak mempelajari bahawa memukul kawan itu salah dan tidak baik apabila melihat kanak-kanak yang memukul kawan dimarahi guru. Kanak-kanak juga gemar meniru tingkah laku sahabatnya. Biasanya kanak-kanak meniru tingkah laku kanak-kanak yang popular dan sesiapa yang telah membentuk hubungan rapat dengannya. Selain itu, umur seseorang model juga penting dalam proses peniruan. Kanak-kanak gemar meniru tingkah laku orang yang sebaya atau lebih tua daripadanya. Kanak-kanak juga gemar meniru tingkah laku yang boleh mendatangkan peneguhan positif. Walau bagaimanapun, kadang-kadang kanak-kanak juga meniru tingkah laku yang tidak baik.

    Kesimpulannya, tingkah laku yang biasanya dipengaruhi oleh rakan sebaya adalah merangkumi cara bercakap, cara berpakaian, dan juga cara belajar. Rohani Abdullah (2001), menekankan kepentingan peranan rakan sebaya adalah sangat positif dalam mempengaruhi perkembangan sosial, bahasa dan pendidikan seseorang individu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar apa yang diutarakan oleh pengkomen di atas, antara peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan socioemosi kanak-kanak ialah,

      pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.Selain itu, yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Putra Malaysia pula telah mengenal pasti bahawa faktor rakan sebaya merupakan antara faktor penting yang menyebabkan golongan remaja terjerumus kepada perlakuan salah laku sosial. Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai pengaruh terhadap masalah ketagihan rokok, dadah dan alkohol di kalangan remaja berusia 18 tahun selain dari pengaruh ibu bapa dan persekitaran. Kajian (Abdullah al-Hadi et al. 2001). Azhar (2006) mengatakan pengaruh rakan sebaya terhadap pembentukan sahsiah pelajar banyak memberi tumpuan terhadap pengaruh yang bersifat negatif, namun hakikat bahawa rakan sebaya sememangnya merupakan golongan yang paling hampir dalam kehidupan remaja sendiri harus diberikan pertimbangan yang sewajarnya dalam merangka program-program bagi membolehkan rakan sebaya memberi sumbangan yang positif terhadap pembentukan sahsiah dan akhlak di kalangan mereka.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Ucapan jutaan terim kasih kepada saudara atau saudari yang sudi memberi komen serta pendapat masing-masing dalam membincangkan tentang tajuk peranan rakan sebaya. Ingin saya menambah sedikit lagi maklumat tentang rakan sebaya ini iaitu bagi pelajar pintar Pada kebiasaannya sikap rakan sebaya terhadap pelajar pintar cerdas dan berbakat di
      peringkat sekolah rendah adalah positif. Dalam kajian yang dijalankan oleh Kennedy (1995), pengalaman belajar bersama-sama pelajar pintar cerdas akan menjadikan seseorang itu lebih menerima kehadiran pelajar ini. Walau bagaimanapun responden kajian beliau yang terdiri daripada mereka yang berumur 10 hingga 29 tahun telah menunjukkan sikap simpati yang agak kurang jika dibandingkan dengan responden yang
      lebih berumur iaitu mereka yang berumur 30 hingga 39 tahun.
      Selain itu, pelajar pintar cerdas juga biasanya mengalami masalah dalam hubungan dengan rakan sebaya. Ini adalah kerana sikap pelajar pintar cerdas itu sendiri yang
      kadang kala sukar difahami oleh rakan seusia mereka. sikap pelajar pintar cerdas sukar difahami oleh rakan seusia mereka kerana pengaruh umur mental mereka yang agak
      tinggi berbanding dengan umur kronologi mereka. Oleh kerana sikap sebegini, pelajar pintar cerdas akan dianggap sebagai pelik dan sukar didekati oleh rakan seusia mereka.
      Ini seterusnya akan menjadikan pelajar pintar cerdas sukar untuk mencari kawan untuk meluahkan perasaan dan dijadikan teman untuk berbual. Sikap pelajar pintar cerdas yang
      lebih terkehadapan dari segi pemikiran berbanding dengan rakan seusia mereka juga akan menjadikan rakan seusia mereka menjauhkan diri daripada mereka (Goleman &
      Daniel, 1997). Walau bagaimanapun Colangelo & Davis (1991) dan pengkaji yang lain seperti Hollingworth (1991), tidak mempunyai pendapat yang sama seperti pengkaji-pengkaji di
      atas. Colangelo (1991) dan Hollingworth (1991) dalam kajian mereka telah menyatakan bahawa pelajar-pelajar pintar cerdas adalah merupakan pelajar yang tidak mempunyai
      masalah dari segi psikologi dan sosial. Mereka juga menyatakan bahawa pelajar pintar cerdas pandai menyesuaikan diri dengan rakan sebaya dan mudah bersosial. Rizza (1997), pula telah mendapati bahawa sikap rakan sebaya terhadap pelajar PCA adalah penting bagi meningkatkan perkembangan pelajar pintar cerdas. Rizza (1997), telah melaporkan bahawa sikap rakan sebaya yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada pelajar PCA akan meningkatkan lagi kecemerlangan pelajar itu.

      Delete
  2. Assalamualaikum saudari bagi pandangan saya , rakan sebaya membentuk diri seseorang mahupun kanak-kanak atau dewasa, rakan sebaya sememangnya amat penting dalam kehidupan .. rakan sebaya yang baik dapat membentukan sahsiah diri yang baik ,tatabahasa yang baik juga tingkahlaku yang baik,namun sebaliknya rakan sebaya yang negetif menjadikan diri ke arah nagetif ,buruk , menjadi terikut-ikut mudah terjebak dalam gejala sosial.

    Oleh itu , Peranan rakan sebaya dalam kehidup amat penting sekali . Lingkungan rakan sebaya diantara kanak-kanak, juga remaja , kelak dewasa seseorang dapat membentuk diri nya sendiri masih memerlukan kawan tetapi sudah bijak memikir mana yang baik juga mana yang buruk boleh dikenali sebagai pemikiran yang matang.

    Kesimpulanya, mempunyai rakan yang ramai digalakan untuk kehidupan jugak diri seseorang tersebut. kerana ada nya rakan sebaya membentukan diri seseorang itu . sekian dari saya mia syafini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kepada saudari amira yang sudi memberi komen di blog saya ini, Sewaktu dibangku sekolah di sekolah, cikgu sering mengingatkan kita mengenai “pengaruh rakan sebaya”. Kata cikgu, inilah penyebab seseorang pelajar itu berjaya atau tidak. Kerana kawan adalah pengaruh yang paling kuat terhadap seseorang individu. Apa saja penyebab seseorang pelajar itu berjaya – “pengaruh rakan sebaya”. Apa saja penyebab seseorang pelajar itu gagal – “pengaruh rakan sebaya”. Namun apabila umur kita semakin meningkat dewasa, kita tidak lagi memikirkan hal ini. Kita hanya berkawan dengan sesiapa yang kita rasa selesa dan seronok berkawan. Jadi cara kita menerima seseorang itu masuk dalam hidup kita adalah bergantung kepada apa perasaan kita terhadap orang itu.Ukhuwah Islamiah. Namun, perasaan seperti ini kekadang boleh memesongkan kita. Kita mungkin lebih suka berkawan dengan orang yang lebih miskin daripada kita, lebih bodoh daripada kita, lebih lembab daripada kita. Dengan rakan-rakan seperti ini, anda akan merasa diri anda lebih baik dan dengan itu anda akan merasa selesa. Adakah anda akan berkembang maju dengan berkawan dengan rakan-rakan sebegini ?“Jika anda berkawan dengan orang menjual minyak wangi, anda akan berbau wangi, jika anda berkawan dengan tukang besi, anda akan berbau busuk”. Anda seharusnya mengawasi dengan siapa anda berkawan. Ini adalah kerana, apabila dua orang bertemu, mereka akan saling mempengaruhi sesama sendiri secara sedar atau tidak sedar walaupun dalam aspek yang baik mahupun jahat inilah realiti. Terima ini sebagai kebenaran. Walaupun mereka berdua ini tidak bercakap atau bertegur sapa, mereka tetap akan mempengaruhi sesama sendiri walaupun sedikit.Jadi awasi dengan siapa anda bertemu, dan awasi sesiapa yang anda pilih menjadi rakan anda.

      Delete
  3. Asslammualaikum saudari,saya ingin memberi beberapa pandangan mengenai apakah peranan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak hubungan dengan rakan sebaya ini lebih kepada hubungan yang berbentuk kekeluargaan walaupun rakan rakan tersebut bukan lah ahli keluarga mereka. Orang yang paling penting dalam kehidupan kanak-kanak ialah kawan-kawannya. Rakan sebaya itu ibarat cerminan kepada diri kanak kanak. Hal ini kerana, rakan sebaya itu ternyata memberikan impak yang terbesar dalam kehidupan mereka. Ini kerana semakin kanak-kanak membesar, secara tidak langsung hubungan sosial bersama ahli keluarganya menjadi kurang penting. Kanak- kanak bergaul dengan mereka yang sebaya umur, minat dan tahap sosial. Contoh rakan sebaya ialah kawan-kawan, rakan dalam kelas dan anak-anak jiran. Peranan rakan sebaya lebih besar dalam membentuk tingkah laku individu. Walaupun pengaruh ibu bapa merupakan agen sosialisasi yang kuat, ianya akan berkurangan setelah anak-anak mereka memasuki alam persekolahan di mana mereka mula mengenali rakan-rakan baru yang sentiasa menghabiskan masa bersama-sama dan sentiasa berkongsi hal seharian, berkongsi pendapat dan sebagainya..

    Tanpa disedari, anak-anak telah mempelajari cara berinteraksi dan komunikasi dengan rakan yang mempunyai persamaan dari segi usia, pengalaman, peranan pemikiran dan sebagainya. Impaknya, anak-anak dapat mempelajari sesuatu dengan lebih efektif kerana mereka dapat menyesuaikan apa yang dipelajari berdasarkan faktor-faktor tadi.
    Jika dibandingkan dengan proses sosialisasi dalam keluarga ianya melibatkan hubungan yang tidak seimbang kerana faktor perbezaan usia, pengalaman dan peranan. Ini dapat dibuktikan apabila mereka lebih menerima dan memberi perhatian kepada setiap perbuatan dan tingkah laku rakan berbanding dengan keluarga mereka. Ini kerana mereka yakin sudah mampu mengawal hidup mereka sendiri. Contohnya, ibu bapa tidak mahu melihat anak-anak mereka berpakaian tidak sopan tetapi tidak pula pada mereka kerana mereka lebih cenderung untuk mengikut trend rakan mereka berpakaian. Di sini dapat dilihat konflik antara nilai yang diambil dari rakan sebaya dengan nilai yang sudah ada di dalam keluarga mereka. Kita tidak boleh menafikan bahawa betapa besarnya kemampuan rakan sebaya dalam mempengaruhi anak-anak daripada keluarga sendiri. Personaliti dan jati diri anak-anak akan berubah disebabkan pengaruh rakan sebaya walaupun sebelum ini mereka sudah dididik oleh keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudaru kerana sudi memberi input-input penting dalam penerangan untuk blog ini.Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seseorang.Kebanyakan remaja lebih mengikut pendapat kawan berbanding dengan pendapat ibu bapa.Hal ini demikian kerana, mereka merasakan jika tidak mengikut apa yang dikatakan oleh rakan sebaya mereka akan kehilangan kawan serta tidak lagi mempunyai kawan untuk menjalankan setiap aktiviti di sekolah.Rakan sebaya juga boleh mengubah diri seseorang individu jika dia berkawan dengan orang baik maka baiklah jadinya kerana dia mendapat pengaruh positif,tetapi berbeza pula jika mereka berkawan dengan remaja yang sudah rosak akhlaknya contohnya seperti suka keluar malam,suka membazirkan duit di shopping mall dan sebagainya maka teruklah jadinya individu itu.Di sini kita dapatmengetahui bahawa pengaruh rakan sebaya membawa seribu kemingkinan kepada anak remaja.Oleh itu,ibu bapa disarankan untuk sentiasa mengawasi anak-anak serta siapa kawan mereka.

      Delete
  4. Assalamualaikum saudari nasuha solehah..Saya amat tertarik denga topik yang saudari kemukan diatas..Izinkan saya untuk memberi sedikit sebanyak perkongsian untuk manfaat bersama. Rakan sebaya memainkan peranan yang penting di dalam menentukan arah kehidupan kita. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati ketika memilih rakan sebaya. Bukan semua rakan sebaya patut dijadikan kawan kerana akan ada yang mempengaruhi ke arah kebaikan dan akan ada yang mempengaruhi ke arah kejahatan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memperhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan.” Sama ada berperanan sebagai seorang kawan atau pun berperanan sebagai seorang lawan, pilihlah rakan dengan bijak. Kesilapan memilih rakan sebaya pasti akan mengakibatkan keruntuhan akhlak, gejala sosial yang berleluasa dan kemerosotan disiplin. Ingatlah, rakan ketawa mudah dicari, rakan menangis sukar dicari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudari purple lavender saya sangat bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh saudari.Pada usia remaja, seseorang itu akan mengalami krisis membentuk
      identiti diri. Identiti yang terbentuk itu sama ada bersifat positif atau sebaliknya, bergantung kepada pengalaman yang dilaluinya. Pengaruh Keluarga dan Rakan Sebaya
      Mohammad Shahid Ismail & Mahmood Nazar Mohamed, pengaruh faktor persekitaran seperti hasil interaksi dengan keluarga dan rakan sebaya (Mahmood, 1990). Ini bermakna faktor persekitaran mampu mempengaruhi pembentukan identiti seseorang. Pelbagai tingkah laku antisosial seperti menghidu gam pula boleh terbentuk dalam diri seseorang remaja itu akibat tekanan yang diterima
      daripada keluarganya. Nik Rosila (1998) berpendapat sikap permisif ibu bapa terhadap kawalan disiplin anak-anak, kepimpinan autokratik, hubungan di antara anak dan ibu bapa yang terganggu, layanan yang kasar, model yang negatif serta keluarga yang berpecah belah, akan menyebabkan anak-anak mengalami tekanan dan kecelaruan emosi yang seterusnya akan melahirkan pelbagai tingkah laku antisosial. Hal ini mungkin mendorong mereka untuk menghidu gam. Masalah penghiduan gam atau glue sniffing merupakan masalah yang perlu diberikan perhatian memandangkan kes-kes ini telah dikesan sejak awal 1980an, yang melibatkan kelompok remaja yang berusia di
      antara 14 hingga 17 tahun. (Pasukan Petugas Anti Dadah,1986). Laporan Utusan Malaysia, 11 April 2000, mengenai 3 orang yang dijumpai mati selepas dipercayai menghidu 4 tin gam di Cheras, Kuala Lumpur pada 10 April 2000, mengesahkan bahawa tabiat negatif ini boleh membawa maut. Kejadian yang berlaku itu telah membuka mata semua pihak agar tidak memandang ringan penularan gejala menghidu gam di kalangan
      remaja di negara ini. Faktor bahan yang mudah didapati dan murah serta tiadanya kawalan pembelian oleh remaja bawah umur, juga boleh menjadi antara faktor yang menggalakkan remaja mencuba untuk menghidu gam bagi mendapatkan kesan khayal serta merta.

      Delete