Sunday, 13 December 2015

KECERDASAN EMOSI DAN SOSIAL LEBIH PENTING DARIPADA KECERDASAN INTELEK DALAM DUNIA PEKER

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca sekalian. Kali ini saya akan kongsikan dan bincangkan mengenai kecerdasan emosi dan sosial. Kecerdasan emosi dan sosial pada masa kini dianggap lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan.

Menurut Danial Goleman (1999), menyifatkan jenis kecerdasan manusia lainnya yang dianggap sebagai factor penting yang dapat mempengaruhi terhadap prestasi seseorang, iaitu kecerdasan emosional, yang kemudiannya kita mengenalnya dengan sebutan Emotional Quotient (EQ).  Seterusnya, Steiner (1997) menjelaskan emosi adalah suatu kebolehan yang menjadikan seseorang individu itu dapat mengerti emosi diri sendiri dan orang lain, serta mengetahui bagaimana emosi diri sendiri dan orang lain, serta mengetahui bagaimana emosi diri sendiri dan orang lain, serta mengetahui bagaimana emosi diri sendiri dimaksimakan kegunaan untuk mendapatkan kekuatan peribadi yang maksimum.

Kecerdasan sosial pula merupakan kecerdasan yang meliputi interaksi kelompok dan erat kaitannya sosialisasi. Kemampuan untuk mengenal diri sendiri dan untuk mengetahui orang lain adalah bahagian yang tak terpisah dari keadaan manusia. Menurut Buzan, kecerdasan sosial adalah ukuran kemampuan diri seseorang dalam pergaulan di masyarakat dan kemampuan berinteraksi sosial dengan orang-orang di sekeliling atau sekitarnya. Suean Robinson Ambron (1981), pula berpendapat sosialisasi itu sebagai proses belajar yang membimbing seseorang kea rah perkembangan keperibadian sosial sehingga dapat menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab dan efektif.

Seperti yang kita tahu, di dalam dunia pekerjaan masa kini memandang kecerdasan intelek sebagai teraju utama personaliti seseorang individu itu. Namun begitu, pada masa kini juga kecerdasan emosi dan sosial juga merupakan salah satu faktor penting yang membantu seseorang itu membina kerjaya dalam bidang pekerjaan. Kecerdasan emosi membantu seseorang itu mengawal ketenangan dan mengawal stress di tempat kerja. Seseorang itu mampu menjana perkembangan kerjayanya melalui kawalan emosi yang baik iaitu dengan mengawal amarah di tempat kerja, sentiasa berfikiran positif dan berusaha membentuk peribadi yang baik.

Melalui kecerdasan sosial pula, seseorang itu akan mampu mengadaptasi persekitaran sosial di sekelilingnya. Penguasaan kecerdasan sosial dalam diri mampu membuatkan seseorang itu lebih berkeyakinan dan meningkatkan mutu sosial yang telah sedia ada dalam dirinya.

8 comments:

  1. Perkembangan Sosioemosi
    Semasa bermain, kanak-kanak berpeluang belajar berinteraksi dengan orang lain secara positif, mengajak kanak-kanak keluar daripada pola egosentrik, mengambil kira pandangan rakan, menghormati hak orang lain, bersabar dan bertolak ansur. Mereka dapat belajar untuk menangguh kehendak semerta diri (delayed gratification) untuk mencapai matlamat jangka panjang. Dengan itu main memberi peluang kepada kanak-kanak membina konsep kendiri yang positif, keyakinan diri serta melahirkan sentimen dan menstabilkan emosi.
    Aktiviti main peranan seperti berpura-pura menjadi doktor dan pesakit atau menaiki bas olok-olok memberi latihan kepada kanak-kanak untuk menguasai pengetahuan dari persekitaran serta membantu perkembangan kemahiran bersosialisasi. Permainan imaginatif seperti ini memberi latihan kepada kanak-kanak mengenali alam dewasa. Mereka belajar bekerjasama untuk mencapai matlamat kumpulan.

    Perkembangan Kognitif dan Bahasa
    Bermain juga dapat membantu memperkembangkan kebolehan kognitif seperti mengenal pasti, mengkategori, membuat urutan, memerhati, membezakan, meramal, membuat rumusan, dan membuat perbandingan.
    Akiviti seperti membina blok, permainan bahasa, permainan dam, puzzle, teka-teki, nyanyian dan congkak membantu mengembangkan kemahiran bahasa, matematik dan sains serta berfikir secara logik dan kreatif. Kanak-kanak juga dapat meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa dalam persekitaran yang relaks, semulajadi dan seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara azrin.Saya ingin menambah lagi iaitu kecerdasan emosi adalah kemampuan seseorang untuk menerima, menilai, mengelola, serta mengawal emosi dirinya dan orang lain di sekitarnya. Dalam hal ini, emosi mengacu pada perasaan terhadap informasi akan sesebuah ikatan perhubungan. Sedangkan, kecerdasan mengacu pada sesuatu untuk memberikan alasan yang logik akan suatu hubungan. Kecerdasan emosi belakangan ini dinilai lebih penting daripada kecerdasan intelek. Sebuah penelitian mengungkapkan bahawa kecerdasan emosi dua kali lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam memberikan penumpuan dan menentukan kejayaan seseorang khususnya dalam dunia perkerjaan.

      Sebagaimana profesion perguruan yang menitik beratkan terhadap suatu tanggungjawab yang perlu digalas dalam pengajaran & pembelajaran (P&P) yang kadang-kalanya sikap pelajar-pelajarnya menguji kesabarannya yang melibatkan emosi guru itu sendiri. Menurut Howard Gardner (1983) terdapat lima pokok utama dari kecerdasan emosi seseorang, yakni mampu mengendali dan mengelola emosi diri sendiri, memiliki kepekaan terhadap emosi orang lain, mampu merespon dan bersosialisasi dengan orang lain secara emosional, serta dapat menggunakan emosi sebagai alat untuk memotivasi diri. Menurut Aristoteles pula, dalam The Nichomacea Ethics adalah bukan emosi yang menjadi masalah, tetapi lebih kepada kita mengekspresikan dan mengendalikan semua jenis emosi dan menguasainya dengan kecerdasan, bahkan nafsu jika dilatih dengan baik akan menghasilkan kebijaksanaan.

      Delete
  2. Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan. Dalam dunia pekerjaan, kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting. Hal ini, kerana kecerdasan emosi dan sosial akan membentuk serta menentukan sifat seseorang individu. Secara am nya, kecerdasan intelek amat diperlukan dalam sesebuah pekerjaan terutamanya pekerjaan yang memerlukan tahap pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Walau bagaimanapun, tahap kecerdasan emosi dan sosial individu tersebut akan lebih mempengaruhi individu tersebut dalam dunia pekerjaan. Misalnya, walaupun seseorang pekerja mempunyai tahap intelek yang tinggi, sekiranya emosi pekerja tersebut mudah terganggu disebabkan kercerdasan emosi yg tidak baik, pastinya akan mempengaruhi kualiti kerja pekerja tersebut. Selain itu, kecerdasan sosial yang menunjukkan tahap pergaulan dan komunikasi seseorang dalam sesuatu masyarakat. Tanpa kecerdasan sosial yang baik, di mana pekerja tersebut sukar untuk berkomunikasi dengan pekerja lain serta pihak atasannya, turut mempengaruhi cara kerja pekerja di mana kecerdasan intelek atau pengetahuan yang dimiliki pekerja tidak dapat di gunakan sepenuhnya, kerana dalam dunia pekerjaan tahap sosial ataupun komunikasi amat penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara Ronaldo. Selain itu, dalam masyarakat hari ini, ramai yang memandang kecerdasan intelek sebagai faktor yang utama dalam menentukan tingginya darjat seseorang itu dan akan dipandang tinggi oleh kawan-kawan mereka kerana memiliki otak yang lebih cerdik. Memiliki otak yang bergeliga bukanlah mudah kerana ia memerlukan individu itu untuk berusaha keras menimba ilmu dan kesannya beliau berupaya untuk menjawat jawatan yang tinggi dalam dunia pekerjaan seperti doktor dan peguam. Selain itu, orang yang mempunyai otak yang cerdas juga dapat membantu mereka untuk mudah mendapat kepercayaan orang di sekitar mereka. Tambahan pula, orang yang cerdik juga lebih bijak dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi berbanding daripada mereka yang hanya memiliki kecerdasan emosi dan sosial sahaja. Oleh itu, saya dengan yakinnya berpendapat bahawa kecerdasan intelek merupakan aspek yang lebih penting dalam dunia pekerjaan mutakhir ini berbanding daripada mereka yang memiliki kecerdasan emosi dan sosial sahaja.

      Delete
  3. salam nasuha. pada pendapat saya ,Kecerdasan Emosional adalah kemampuan untuk memonitor emosi diri sendiri dan orang lain, serta menggunakan informasi emosi untuk memandu cara berfikir dan perilaku.
    Kecerdasan emosional (EQ) ditandai dengan kemampuan seseorang mengendalikan diri dalam menghadapi keadaan sulit. Dengan pengendalian yang kuat, ia boleh membuat seseorang menjadi dengan tenang melihat permasalahan dan dengan tenang memperhitungkan impak dari suatu keputusan atau suatu tindakan.
    Setiap orang mempunyai perbezaan personaliti, keperibadian, keinginan dan bagaimana menunjukan emosi. Perhatian orang yang cerdas secara emosi bukan hanya berrfikir logik tetapi juga mampu berfikir arif dan bijak, Ia bukan hanya mengenali siapa dirinya, tetapi juga berusaha mengenali orang lain yang berhubungan dengan masalah yang dihadapi sehingga kehadirannya dapat memecahkan masalah bukan membuat masalah baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam saudari rosni, Kecerdasan Intelektual (IQ) ada kecerdasan lain yang membantu seseorang sukses yakni Kecerdasan Emosional (EQ). Bahkan secara khusus dikatakan bahawa kecerdasan emosional lebih berperanan dalam kejayaan dibandingkan kecerdasan intelektual. Hal ini meskipun ada beberapa penelitian yang menunjukkan kebenaran ke arah sana. Bahkan IQ hanya berperanan 4%-25% terhadap kejayaan dalam pekerjaan. Sisanya ditentukan oleh EQ atau faktor-faktor lain di luar IQ tadi. Walaupun kebergantungan sekarang terhadap elektronik namun emosi dan intelektual manusia haruslah seiring dan seimbang. Jika kita melihat dunia kerja, maka kita bisa menyaksikan bahwa seseorang tidak cukup hanya pintar di bidangnya. Dunia pekerjaan penuh dengan interaksi sosial di mana orang harus berkomunikasi dalam menangani diri sendiri mahupun orang lain. Orang yang cerdas secara intelektual di bidangnya akan mampu bekerja dengan baik.

      Delete
  4. Salam sejahtera untuk saudari Nasuha. Saya tertarik dengan isu ini. Saya bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan. Pada pendapat saya pula, untuk era globalisasi ini dua aspek iaitu kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial adalah sangat penting dan tidak boleh dipisahkan daripada dunia pekerjaan. Ini kerana kecerdasan emosi dan sosial membantu dalam meningkatkan mutu pekerjaan. Kecerdasan sosial adalah interpesonal iaitu hubungan sesama manusia. Sekiranya aspek ini tiada, ia akan menjadi kekangan dalam karier seseorang. Oleh itu, jelaslah bahawa akademik bukan ukuran dalam menentukan kejayaan seseorang dalam kariernya. Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kepada saudari farah elyana di atas komen yang bernas itu,saya ingin berkongsi sedikit lagi yang saya fahami tentang isu ini iaitu kecerdasan emosi dan sosial lebih berperanan penting dan lebih baik dalam personaliti seseorang individu berbanding kecerdasan intelek. kejayaan seseorang dalam kehidupan bukanlah semata-mata disebabkan oleh kecerdasan inteleknya (IQ), kecerdasan emosi dan sosial juga boleh membawa kejayaan, malahan lebih banyak lagi memberi sumbangan kejayaan individu berbanding kecerdasan intelek. Hal ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Goleman pada tahun 1998 yang menyatakan bahawa 80 peratus kejayaan bergantung kepada kecerdasan emosi dan sosial .manakala selebihnya 20 peratus adalah bergantung kepada kecerdasan intelektual (IQ), kenyataan ini dibuat berdasarkan kajian yang dijalankan olehnya ke atas beribu-ribu orang ahli profesional yang berjaya dalam bidang masing-masing serta penyelidikan yang dilakukan terhadap 500 buah organisasi di seluruh dunia. Sebenarnya kecedasan intelek hanya dimiliki oleh sesetengah manusia sahaja dan hanya dapat diwarisi secara genetik atau biologikal, berbanding kecerdasan emosi yang saling berkait rapat dengan kecerdasan sosial, ia dimiliki oleh setiap manusia tidak kira dari latar belakang mana sekalipun seseorang itu datang. Kecerdasan emosi dan sosial boleh dipelajari, dikembangkan dan ditingkatkan iaitu daripada pengalaman yang didapati sebelum ini. Semakin banyak seseorang itu menerima pengalaman seperti menguruskan emosinya ketika menghadapi tekanan, maka tahap kecerdasan emosinya dan sosial juga semakin tinggi. Kecerdasan emosi dan sosial penting dalam setiap individu, sama ada terhadap pemimpin, pengurus, pelajar dan sebagainya.

      Delete