Baiklah,
entri saya pada kali ini akan membincangkan pandangan saya dan anda sendiri
mengenai keadaan mental kanak-kanak seawall prasekolah dan sekolah rendah di
Malaysia. Adakah mereka ini menghadapi keadaan stress yang tinggi? Menurut
pandangan saya, benar. Kanak-kanak di Malaysia kini turut mengalami keadaan
stress masing-masing. Mari kita sama sama bincangkan pandangan mengenai
isu ini.
Apa itu KESIHATAN MENTAL?
Kesihatan
mental merujuk kepada kebolehan seseorang menyelesaikan masalah, memenuhi
keperluan seseorang untuk menyayang dan bekerja, menyesuaikan diri dengan
krisis dan mengekalkan tahap kesihatan diri atau sentiasa berada dalam keadaan
yang baik.
STRESS
Dr Hans.Style mendefinisikan teori stress atau tekanan perasaan sebagai “sesuatu
reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan
yang menimpanya. ”
Stress
juga ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih
perwatakan oleh kanak-kanak. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan
stress sebagai akibat konflik yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui
pertuturan atau perlakuan tertentu.
Gangguan
stress akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang
kanak-kanak. Menurut Terri Mauro (2004), Antara punca berlakunya stress dalam
kalangan kanak-kanak adalah disebabkan persekitaran sekolah, peristiwa dalam
keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain.
Melalui
persekitaran sekolah, kanak-kanak mendapat gangguan stress berpunca dari
keadaan persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Sebagai contoh, gangguan itu
mungkin berlaku akibat masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan
kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Hal ini selaras dengan
pendapat dari Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi
Kaunseling , Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM , Prof.Madya Dr. Rusnani Abdul
Kadir yang mendapati bahawa kecenderungan kea rah perlakuan negative wujud kerana
dipengaruhi unsure rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid mungkin
melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif
dan menggangu emosi mereka.
Selain
itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca kanak-kanak mengalami
stress. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang
besar dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup
berkemungkinan bersifat positif atau negatif serta melibatkan diri sendiri atau
orang yang tersayang. Contohnya, peristiwa negatif seperti penderaan,
penceraian ibu bapa, kemalangan dan kematian. Bagi yang positif pula
seperti seorang ibu telah mengandung, kenaikan pangkat dalam kerjaya dan
berpindah rumah. Peristiwa-peristiwa ini memberi kesan ke atas masalah
emosi seseorang kanak-kanak.
Seterusnya,
keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat
terhadap anak-anak akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian
kanak-kanak yang tidak stabil. Dari segi tingkah laku, kanak-kanak
berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu sama lain.
Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang tidak menunjukkan
sebarang reaksi atau emosi.
Tidak ada
insan yang dapat mengelakkan diri dari masalah stress termasuklah kanak-kanak.
Jadi, sebagai orang yang lebih dewasa, kita seharusnya bijak membantu mengawal
tahap stress yang mereka hadapi dan berusaha untuk membendung stress hadir
dalam diri mereka.
Sekian
dahulu perbahasan saya mengenai topik keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah..Komen serta pandangan dari pihak pembaca amat saya hargai untuk mencambahkan idea yang sedia ada.. .
Pada pendangan saya,kanak-kanak semuda usia prasekolah boleh mengalami kemurungan.Jika kanak-kanak prasekolah anda muncul untuk bergerak melalui serangan rasa tidak puas hati yang melampau, kemurungan prasekolah boleh untuk menyalahkan.Bagi memastikan beliau tidak mengalami penderitaan mental ini lebih lama daripada yang perlu, perhatikanlah penderitaan beliau dan berusaha untuk menentukan sama ada kemurungan adalah pada akar.
ReplyDeleteDi peringkat sekolah rendah pula berbeza dengan keadaan mental kanak-kanak prasekolah.Antaranya ialah,keadaan mental kanak-kanak di peringkat sekolah rendah,kanak-kanak akan menghadapi tekanan mental seperti rasa risau berpisah dengan ibu bapa atau penjaga,terutamanya di sekolah rendah atau mula meninggalkan rumah untuk ke asrama.
kesimpulanya,kanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah hari ini memang menghalami stres yang sangat tinggi dalam hidup mereka.malah,kesihatan dan perkembangan sosioemosi mereka turut terjejas teruk akibat daripada stres tersebut.
Oleh itu,kita sebagai masyarakat perlu memandang serius mengenai hal ini kerana anak-anak ini merupakan generasi yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih saudra azrin benar semua yang diajukan oleh saudra itu. Ketika stress, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama ‘adrenaline’ kedalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita. Di antara perubahan-perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah kepada otak, otot dan jantung); gula, lemak dan kolesterol di dalam darah akan bertambah (untuk memberi lebihan tenaga kepada badan); pernafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan) dan begitulah seterusnya. Perubahan-perubahan ini berlaku secara tabii selari dengan keperluan tubuh kita ketika itu. Walaubagaimanapun, jika stress atau tekanan berpanjangan di dalam hidup kita dan kita pula tidak bijak untuk mengurusnya, ia akan bertukar menjadi ‘distress’ yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita.
Deletesecara umumnya, kesihatan atau kematangan mentaliti dipengaharuhi oleh umur dan gaya hidup. orang yang lebih berumur biasanya lebih matang berbanding dengan anak- anak muda. Gaya hidup sosial mereka juga mendorong dalam proses pematangan. Dimana mereka bergaul dengan ramai orang. Pergaulan atau nteraksi ini lh yang sebenarnya mematangkan kita.
ReplyDeleteAkan tetapi, berbeza bagi anak-anak kecil seperti prasekolah dan sekolah rendah. dimana pada usia mereka ini, mentaliti mereka lebih tertumpuh kepada hal-hal yang menyoronokan seperti bermain, belajar, menonto TV dan sebagainya. Pada pendapat saya, mentaliti kanak-kanak prasekolah adalah seperti bayi. Dimana mereka akan belajar melalui apa yang mereka lihat dan dengar. Pada usia ini lah, anak-anak ini perlu di didik dengan sebaiknya. Mereka bergantung sepenuhnya kepada orang di sekeliling terutamanya ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Apabila mereka menghadapi masalah mereka akan mencari orang terdekat untuk meluahkan perasaan mereka. anak kecil ini tidak tahu menyelesaikan masalahnya sendiri. dalam erti kata lain, mereka masih tidak tahu berdikari.
pada tahap sekolah rendah, pemikiran mereka semakin berkembang. Pada tahap ini, mereka mula untuk belajar berdikari. Mereka tidak lagi bergantung 100% kepada ibu bapa dalam menyelesaikan tugasan. mereka mula mengenal diri mereka dan bertindak menyelesaikan masalah mereka sendiri. hal ini yang membuatkan mereka semakin kuat.
kesimpulannya, kesihatan anak- anak kecil haruslah dititikberatkan. kerana pada usia ini lh mentaliti mereka sangat sensitif dan rapuh. Bimbingan ibu bapa sangat penting dalam meningkatkan kekuatan mentaliti anak-anak ini.
Terima kasih saudara ronaldo james..Semua intipati yang anda ajukan sangat saya hargai.Stress adalah perasaan tertekan di karenakan gelombang otak yang naik turun terlalu cepat dalam kisaran beta atau lebih tinggi. Perasaan tertekan ini membuat orang mudah tersinggung, mudah marah, konsentrasi terhadap pekerjaan menjadi terganggu. Lingkungan bisa menjadi sumber stress bagi seseorang, tuntutan mencapai keinginan atau target tertentu dan konflik-konflik yang lainnya bisa menimbulkan stress.
DeleteMeningkatnya tuntutan dan kebutuhan hidup akan sesuatu yang lebih baik, tentunya menyebabkan Anda untuk memenuhi kebutuhan yang Anda inginkan. Tapi pada kenyataannya sesuatu yang Anda inginkan tersebut kadangkala tidak dapat tercapai sehingga dapat menyebabkan Anda merasa bingung, khawatir, cemas, takut dan itu semua karena gelombang otak Anda terlalu tinggi dan itu bisa mengakibatkan stres.
Stres yang terjadi pada setiap individu berbeda-beda, tergantung pada masalah yang dihadapi dan kemampuan menyelesaikan masalah tersebut. Jika masalah tersebut dapat diselesaikan dengan baik maka individu tersebut tidak akan merasa tertekan, justru bisa memiliki motivasi atau semangat yang lebih baik, sedangkan jika masalah tersebut tidak dapat diselesaikan dengan baik dapat menyebabkan individu tersebut mudah marah-marah, frustasi, depresi hingga stres.
Banyak teori dari berbagai sudut pandang mengenai stress. Dokter mengatakan stress adalah adanya sel-sel syaraf otak yang tidak berfungsi sebagaimana mestinya yang bisa menyebabkan timbulnya berbagai penyakit. Psikolog mengatakan stress adalah awal dari berbagai gangguan mental. Kemudian saya mengatakan, stress terjadi karena otak kita memproduksi Gelombang Otak (Brainwave) yang terlalu tinggi, frekwensi high beta atau kadang sedikit lebih tinggi di atas beta. Selama otak kita dalam gelombang itu, jangan pernah berharap bisa santai, apalagi bisa mendapatkan solusi atau ide cemerlang untuk menyelesaikan persoalan. Karena kita tahu, kreativitas ada pada tataran gelombang alpha dan theta.
Assalamualaikum, bertemu lagi.
ReplyDeleteIzinkan saya mengongsikan sekali lagi pendapat saya.
Emosi, ya sememangnya sangat sukar diduga kerana ia boleh berubah bila-bila masa sahaja. Berdasarkan pengalaman bekerja saya, kecerdasan emosi dan sosial memang penting terutamanya ketika bekerja. Begitu banyak dugaan ketika berada dalam dunia pekerjaan. Kecerdasan emosi dan sosial tidak boleh dipisahkan kerana ia melengkapi antara satu dengan yang lain. Emosi mampu dikawal jika sikap bersosial kita diaplikasikan secara profesional. Mana-mana pekerjaan juga banyak cabaran. Cara kita bersosial di tempat kerja haruslah seimbang, jika kita berhadapan dengan pelanggan, berinteraksilah dengan baik jangan biarkan pelanggan tidak mendapat layanan yang sepatutnya, kerana ia akan mempengaruhi prestasi kerja kita. Tambahan lagi, dalam dunia pekerjaan ini, cerdas emosi,sosial dan intelek sangat penting. 3 elemen ini penting kerana kecerdasan intelek melengkapi kecerdasan emosi dan sosial. Jika tidak seimbang, kita akan mengalami stress, tiada tumpuan terhadap kerja dan merosakkan abiliti kerja kita. Kualiti kerja akan menurun.
Saya berpendapat bahawa ketiga-tiga elemen ini harus ada pada diri kita ketika bekerja.
Sekian
Ya benar saudari amira. Stress yang teruk boleh menggnaggu setiap pekerjaan yang ingin kita lakukan.Contohnya ialah jika terlalu banyak bebanan yang kita pendam di dalam hati kemudia ia berpindah ke otak disini boleh terjadi satu kejadian stress yang sangat teruk dan berkemungkinan boleh menghidapi migrain yang lebih parah pada diri seseorang.Selain itu, stress juga boleh menyebabkan seseorang individu itu menjadi tidak bermaya dan tidak ada nur di wajahnya kerana terlalu banyak masalah melanda diri.
Deletesalam nasuha, blog anda sangat menarik.pada pendapat saya Stress adalah perasaan tertekan di karenakan gelombang otak yang naik turun terlalu cepat dalam kisaran beta atau lebih tinggi. Perasaan tertekan ini membuat orang mudah tersinggung, mudah marah, konsentrasi terhadap pekerjaan menjadi terganggu. Lingkungan bisa menjadi sumber stress bagi seseorang, tuntutan mencapai keinginan atau target tertentu dan konflik-konflik yang lainnya bisa menimbulkan stress.
ReplyDeleteMeningkatnya tuntutan dan kebutuhan hidup akan sesuatu yang lebih baik, tentunya menyebabkan Anda untuk memenuhi kebutuhan yang Anda inginkan. Tapi pada kenyataannya sesuatu yang Anda inginkan tersebut kadangkala tidak dapat tercapai sehingga dapat menyebabkan Anda merasa bingung, khawatir, cemas, takut dan itu semua karena gelombang otak Anda terlalu tinggi dan itu bisa mengakibatkan stres.
Stres yang terjadi pada setiap individu berbeda-beda, tergantung pada masalah yang dihadapi dan kemampuan menyelesaikan masalah tersebut. Jika masalah tersebut dapat diselesaikan dengan baik maka individu tersebut tidak akan merasa tertekan, justru bisa memiliki motivasi atau semangat yang lebih baik, sedangkan jika masalah tersebut tidak dapat diselesaikan dengan baik dapat menyebabkan individu tersebut mudah marah-marah, frustasi, depresi hingga stres.
Banyak teori dari berbagai sudut pandang mengenai stress. Dokter mengatakan stress adalah adanya sel-sel syaraf otak yang tidak berfungsi sebagaimana mestinya yang bisa menyebabkan timbulnya berbagai penyakit. Psikolog mengatakan stress adalah awal dari berbagai gangguan mental. Kemudian saya mengatakan, stress terjadi karena otak kita memproduksi Gelombang Otak (Brainwave) yang terlalu tinggi, frekwensi high beta atau kadang sedikit lebih tinggi di atas beta. Selama otak kita dalam gelombang itu, jangan pernah berharap bisa santai, apalagi bisa mendapatkan solusi atau ide cemerlang untuk menyelesaikan persoalan. Karena kita tahu, kreativitas ada pada tataran gelombang alpha dan theta.
Terima kasih saudari rosni..Emosi, ya sememangnya sangat sukar diduga kerana ia boleh berubah bila-bila masa sahaja. Berdasarkan pengalaman bekerja saya, kecerdasan emosi dan sosial memang penting terutamanya ketika bekerja. Begitu banyak dugaan ketika berada dalam dunia pekerjaan. Kecerdasan emosi dan sosial tidak boleh dipisahkan kerana ia melengkapi antara satu dengan yang lain. Emosi mampu dikawal jika sikap bersosial kita diaplikasikan secara profesional. Mana-mana pekerjaan juga banyak cabaran. Cara kita bersosial di tempat kerja haruslah seimbang, jika kita berhadapan dengan pelanggan, berinteraksilah dengan baik jangan biarkan pelanggan tidak mendapat layanan yang sepatutnya, kerana ia akan mempengaruhi prestasi kerja kita. Tambahan lagi, dalam dunia pekerjaan ini, cerdas emosi,sosial dan intelek sangat penting. 3 elemen ini penting kerana kecerdasan intelek melengkapi kecerdasan emosi dan sosial. Jika tidak seimbang, kita akan mengalami stress, tiada tumpuan terhadap kerja dan merosakkan abiliti kerja kita. Kualiti kerja akan menurun.
DeleteSaya berpendapat bahawa ketiga-tiga elemen ini harus ada pada diri kita ketika bekerja.