Sunday, 13 December 2015

PANDANGAN : KEADAAN KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH DAN SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA. ADAKAH MEREKA MENGHADAPI STRESS YANG TINGGI?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Baiklah, entri saya pada kali ini akan membincangkan pandangan saya dan anda sendiri mengenai keadaan mental kanak-kanak seawall prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka ini menghadapi keadaan stress yang tinggi? Menurut pandangan saya, benar. Kanak-kanak di Malaysia kini turut mengalami keadaan stress masing-masing.  Mari kita sama sama bincangkan pandangan mengenai isu ini.

Apa itu KESIHATAN MENTAL?
Kesihatan mental merujuk kepada kebolehan seseorang menyelesaikan masalah, memenuhi keperluan seseorang untuk menyayang dan bekerja, menyesuaikan diri dengan krisis dan mengekalkan tahap kesihatan diri atau sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

STRESS
Dr Hans.Style mendefinisikan teori stress atau tekanan perasaan  sebagai “sesuatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. ”
Stress juga ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh kanak-kanak. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan stress sebagai akibat konflik yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu.
Gangguan stress akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang kanak-kanak. Menurut Terri Mauro (2004), Antara punca berlakunya stress dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain.

Melalui persekitaran sekolah, kanak-kanak mendapat gangguan stress berpunca dari keadaan persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Sebagai contoh, gangguan itu mungkin berlaku akibat masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Hal ini selaras dengan pendapat dari  Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling , Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM , Prof.Madya Dr. Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecenderungan kea rah perlakuan negative wujud kerana dipengaruhi unsure rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan menggangu emosi mereka.

Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca kanak-kanak mengalami stress.  Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup berkemungkinan bersifat positif atau negatif serta melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Contohnya, peristiwa negatif  seperti penderaan, penceraian ibu bapa, kemalangan dan kematian. Bagi yang positif pula seperti  seorang ibu telah mengandung, kenaikan pangkat dalam kerjaya dan berpindah rumah.  Peristiwa-peristiwa ini memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang kanak-kanak.

Seterusnya, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil.  Dari segi tingkah laku, kanak-kanak berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu sama lain. Sesetengahnya  ada yang menjadi kaku, ada juga yang tidak menunjukkan sebarang reaksi atau emosi.

Tidak ada insan yang dapat mengelakkan diri dari masalah stress termasuklah kanak-kanak. Jadi, sebagai orang yang lebih dewasa, kita seharusnya bijak membantu mengawal tahap stress yang mereka hadapi dan berusaha untuk membendung stress hadir dalam diri mereka.

Sekian dahulu perbahasan saya mengenai topik keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah..Komen serta pandangan dari pihak pembaca amat saya hargai untuk mencambahkan idea yang sedia ada.. .

KECERDASAN EMOSI DAN SOSIAL LEBIH PENTING DARIPADA KECERDASAN INTELEK DALAM DUNIA PEKER

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca sekalian. Kali ini saya akan kongsikan dan bincangkan mengenai kecerdasan emosi dan sosial. Kecerdasan emosi dan sosial pada masa kini dianggap lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan.

Menurut Danial Goleman (1999), menyifatkan jenis kecerdasan manusia lainnya yang dianggap sebagai factor penting yang dapat mempengaruhi terhadap prestasi seseorang, iaitu kecerdasan emosional, yang kemudiannya kita mengenalnya dengan sebutan Emotional Quotient (EQ).  Seterusnya, Steiner (1997) menjelaskan emosi adalah suatu kebolehan yang menjadikan seseorang individu itu dapat mengerti emosi diri sendiri dan orang lain, serta mengetahui bagaimana emosi diri sendiri dan orang lain, serta mengetahui bagaimana emosi diri sendiri dan orang lain, serta mengetahui bagaimana emosi diri sendiri dimaksimakan kegunaan untuk mendapatkan kekuatan peribadi yang maksimum.

Kecerdasan sosial pula merupakan kecerdasan yang meliputi interaksi kelompok dan erat kaitannya sosialisasi. Kemampuan untuk mengenal diri sendiri dan untuk mengetahui orang lain adalah bahagian yang tak terpisah dari keadaan manusia. Menurut Buzan, kecerdasan sosial adalah ukuran kemampuan diri seseorang dalam pergaulan di masyarakat dan kemampuan berinteraksi sosial dengan orang-orang di sekeliling atau sekitarnya. Suean Robinson Ambron (1981), pula berpendapat sosialisasi itu sebagai proses belajar yang membimbing seseorang kea rah perkembangan keperibadian sosial sehingga dapat menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab dan efektif.

Seperti yang kita tahu, di dalam dunia pekerjaan masa kini memandang kecerdasan intelek sebagai teraju utama personaliti seseorang individu itu. Namun begitu, pada masa kini juga kecerdasan emosi dan sosial juga merupakan salah satu faktor penting yang membantu seseorang itu membina kerjaya dalam bidang pekerjaan. Kecerdasan emosi membantu seseorang itu mengawal ketenangan dan mengawal stress di tempat kerja. Seseorang itu mampu menjana perkembangan kerjayanya melalui kawalan emosi yang baik iaitu dengan mengawal amarah di tempat kerja, sentiasa berfikiran positif dan berusaha membentuk peribadi yang baik.

Melalui kecerdasan sosial pula, seseorang itu akan mampu mengadaptasi persekitaran sosial di sekelilingnya. Penguasaan kecerdasan sosial dalam diri mampu membuatkan seseorang itu lebih berkeyakinan dan meningkatkan mutu sosial yang telah sedia ada dalam dirinya.

Saturday, 28 November 2015

MASALAH YANG MUNGKIN DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK YANG TIDAK MEMPUNYAI HUBUNGAN PERAPATAN DENGAN BAPA..

Assalamualaikum sahabat semua..

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk tetap bernafas di bumi Nya..

Hari ini ingin saya menerangkan tentang masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa. Kebiasaannya masalah ini dihadapi oleh kanak-kanak yang sangat jarang bercakap dengan bapa mereka mungkin kerana terlalu takut atau mungkin kerana kelakuan bapa mereka yang membuat mereka tidak senang untuk dekat dengan bapa sendiri walaupun tinggal sebumbung.

Isu seperti ini memanglah bukan suatu perkara yang asing dari masyarakat kita kerana jika diajukan soalan kepada murid-murid di sekolah sama ada dengan bapa atau ibu yang mereka rapat, sudah tentulah kebanyakannya mereka akan menjawab dengan ibu.. Hal ini berlaku kerana mungkin bapa mereka jarang ada di rumah kerana terlalu sibuk dengan kerja manakala ibu yang sebagai suri rumah ini mempunyai banyak masa dengan anak-anak, maka kanak-kanak sering bercerita dengan ibu mereka serta lebih senang meluahkan perasaaan mereka kepada ibu kerana ikatan yang erat antara ibu dan anak sangatlah kuat.

Selain itu, kebanyakan bapa sangat garang dalam mendidik anak-anak mereka ini merupakan salah satu sebab yang menyebabkan anak-anak tidak mahu rapat dengan bapa mereka. Setiap kejadian atau peristiwa yang berlaku pada diri mereka akan diceritakan kepada ibu kerana lebih senang bercerita dengan ibu berbanding dengan bapa. Namun begitu mengikut kajian pakar anak yang rapat dengan bapa berpotensi  untuk menjadi genius kerana interaksi antara mereka dengan bapa dapat banyak memupuk daya kognitif kanak;kanak.

Seterusnya, kebanyakan bapa juga lebih suka mengamanahkan tanggungjawab menjaga anak dan mendidik dari segi agama sepenuhnya kepada isteri mereka. Hal ini demikian kerana mereka sangat sibuk bekerja mencari rezeki untuk keluarga, perkara sperti ini tidak boleh dibiarkan kerana anak-anak turut memerlukan perhatian dari bapa mereka dalam perkembangan pembesaran mereka.

Maka,setakat ini sahaja penceritaan saya mengenai tajuk masalah hubungan perapatan anak dengan bapa. Saudari atau saudara yang ingin memberi komen amatlah saya hargai.


Friday, 9 October 2015

PERANAN RAKAN SEBAYA DALAM MEMPENGARUHI SOSIOEMOSI KANAK-KANAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat semua..

Thanks for visiting my blog..;)

Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001.

Sudah kita ketahui bahawa rakan sebaya adalah sahabat yang seusia dengan kita. Menurut Kamus Dewan rakan sebaya merupakan sahabat yang sama umurnya dengan kita. Rakan sebaya juga ialah sahabat daripada lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Menurut Berk (1997) rakan sebaya merupakan satu unit sosial yang diwujudkan untuk berkongsi nilai dan perlakuan yang sama serta struktur sosial antara pemimpin dengan pengikut.





Kajian Oregon Youth Study (Dishi on et,al,1991) menyatakan bahawa kanak-kanak yang berumur antara 10 tahun yang mengalami keadaan penolakan daripada rakan sebaya mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk terlibat dengan rakan sebaya yang devian pada umur 12 tahun. Rakan sebaya boleh mempengaruhi dari segi positif mahupun negatif kerana kebanyakan masa dihabiskan di sekolah. Rakan sebaya yang positif akan sentiasa bergiat dalam aktiviti yang berfaedah untuk menghabiskan masa lapang, sebaliknya pula bagi rakan sebaya yang negatif yakni akan membawa kita menjurus ke arah perkara yang tidak elok.Selain itu rakan sebaya juga antara individu yng mampu membantu kita mencapai kejayaan akademik. Salah satu sebab utamanya ialah mereka ini mempunyai tahap pemikiran yang sama dengan kanak-kanak. Kiranya, jika mereka faham tentang sesuatu mata pelajaran mudah untuk mereka menyampaikan maklumat itu kepada kita berbanding dengan penyampaian dari seorang guru.

Namun begitu seseorang individu perlu berhati-hati dalam memilih kawan kerana tidak semua rakan sebaya berniat baik terhadap diri kita, pasti akan ada yang ingin mencuba untuk menarik kita menjurus ke arah kegagalan. Maka kita mestilah sentiasa berwaspada dalam memilih kawan janganlah sampai tersalah pilih kawan yakni mampu untuk merosakkan masa depan kita.

Seterusnya,saya ingin menerangkan mengenai sosioemosi kanak-kanak yakni emosi adalah perasaan atau komponen efek dalam tingkah laku seseorang manusia (Lefrancois, 2001) Santock (1998) seorang ahli psikologi perkembangan mendefinisikan emosi sebagai perasaan atau efek yang melibatkan satu gabungan rangsangan fisiologi seperti degupan jantung yang laju dengan tingkah laku yang nyata seperti senyum. Emosi boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu emosi positif atau emosi yang negatif.


Wahai sahabatku sekalian,sudilah untuk memberikan komen anda tentang peranan rakan sebaya mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak.


 Ucapan ribuan terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya ini.. :)